Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sehingga jam 6 pagi ini, bekalan air stabil di 664 (77%) kawasan daripada jumlah keseluruhan sebanyak 861 kawasan yang terjejas.

Air Selangor berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menstabilkan agihan bekalan air di 197 kawasan yang masih lagi terjejas.

Setakat ini bekalan air di Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya manakala Petaling 99%.

Kuala Lumpur 95.5%, Hulu Selangor 82.6%, Klang/Shah Alam 61.8%, Gombak 61.7% dan Kuala Langat 50%.

Bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas iaitu di Petaling, Klang/ Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 semalam disebabkan oleh pencemaran air mentah di Sungai Selangor. – MalaysiaGazette