Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa memansuhkan terus syarat dan kriteria pengeluaran i-Sinar agar lebih ramai rakyat yang memerlukan dapat mengeluarkan simpanan mereka.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, isu pengeluaran dana caruman Akaun 1 KWSP ini timbul kerana rakyat sudah tiada duit.

Keadaan getir yang berlaku sekarang ini dikhuatiri akan mendorong lebih ramai golongan M40 menjadi B40 pada tahun hadapan.

”Sudah tentu kerajaan tidak mahu negara kita terkebelakang apabila hanya ada golongan T20 dan B80.

”Oleh itu, KWSP dengarlah suara keramat rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Shahir menambah, peningkatan jumlah pekerja yang hilang pekerjaan, gaji dan elaun diturunkan dibimbangi menyebabkan dan ibu bapa berada di dalam keadaan yang amat getir untuk persiapan persekolahan anak-anak pada bulan hadapan.

Para peniaga hari ini pun sukar untuk mempertahankan perniagaan mereka yang telah beroperasi berpuluh tahun, apatah lagi pekerja yang baru diberhentikan dan mahu membuka perniagaan baru.

Tambahnya, langkah kerajaan untuk membenarkan pengeluaran dari Tabung 1 KWSP setidak-tidaknya mampu memberikan suntikan modal kepada golongan yang diberhentikan kerja, dan mahu membuka perniagaan kecil-kecilan.

Sehubungan itu, beliau meminta KWSP memberi fokos kepada usaha menangani Covid-19 dan bantuan ekonomi kepada rakyat kerana rakyat perlu didahulukan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tuan, isu syarat pengeluaran Akaun 1 ini timbul sbb tidak semua pencarum mempunyai jumlah simpanan yang sama dalam Akaun 1. Sebagai organisasi yg bertanggungjawap, sememangnya pihak EPF patut meletakkan syarat terhadap pengeluaran juga untuk memastikan kesahihan pengeluaran daripada pencarum itu sendiri. Adakah ahli2 politik ingin bertanggunjgjawap sekiranya pencarum tersebut tiada lagi duit lagi dlm Akaun 1 semasa bersara??

Comments are closed.