Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR- Sebanyak 1,810 kes baharu positif Covid-19 dan enam kematian direkodkan pada hari ini.

Keenam-enam korban tersebut adalah warganegara Malaysia dan mempunyai latar belakang masalah kesihatan.

Lima kematian berlaku di Sabah manakala satu kes di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 1,799 kes adalah penularan tempatan manakala baki 11 kes adalah jangkitan dari luar negara.

Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 829 kes (45.8 peratus) yang mana 685 kes (82.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan.

Ia diikuti Sabah sebanyak 532 kes (29.4 peratus) dan Kuala Lumpur sebanyak 132 kes (7.3 peratus).

Sehingga 11 Disember 2020, terdapat sebanyak 407 kluster telah dilaporkan termasuk enam  kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini.- MalaysiaGazette