Employees Provident Fund EPF withdrawal Najib Razak
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan kiosk di bangunan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bahru akan dibuka semula mulai esok tetapi cawangannya ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

Ahli boleh menggunakan kiosk untuk urusan pengaktifan Kod Pengesahan Transaksi (TAC), pendaftaran ahli, pendaftaran i-Akaun, mencetak penyata serta menyemak/mengemas kini profil.

Ahli yang telah berdaftar dengan i-Akaun juga boleh membuat transaksi secara dalam talian untuk perkhidmatan tertentu.

Ahli KWSP di Johor juga boleh berurusan di cawangan-cawangan lain seperti Batu Pahat, Kluang, Kulai, Mersing, Muar dan Segamat, serta menggunakan mana-mana kios pihak ketiga di sekitar negeri tersebut. Ahli boleh mendapatkan maklumat mengenai cawangan, kios,
ataupun kios pihak ketiga yang terdekat melalui laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks. – MalaysiaGazette