Perbualan menerusi aplikasi WhatsApp antara Datuk Takiyuddin Hassan dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tular dipetik di luar konteks dengan niat memberi perspektif negatif mencemarkan nama menteri dari Pas itu.
Setiausaha Politik kepada Takiyuddin, Wan Rohimi Wan Daud berkata, tugas Takiyuddin sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menjadi penyelaras antara kerajaan Persekutuan dan negeri Kedah bagi memperkukuhkan hubungan di antara kedua-dua belah pihak selari dengan dasar kerajaan.