Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penggantian enam unit injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang, di Sabak Bernam dijangka siap pukul 8 malam ini.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan kerja bermula pukul 10 pagi tadi turut meliputi pemasangan satu injap baharu di Parit 13.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja tersebut selesai,” kata Ketua Komunikasi Korporatnya, Elina Baseri menerusi kenyataan hari ini.

Pada 11 Disember lalu, Air Selangor memaklumkan gangguan bekalan melibatkan 38 kawasan di Sabak Bernam susulan penggantian injap bagi memastikan sistem agihan dalam keadaan optimum.

Status terkini bekalan air boleh didapati melalui laman web www.airselangor.com, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi pusat perhubungan Air Selangor di talian 15300. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast