Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin. foto AFFAN FAUZI, 16 DISEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Seramai 22 warga asing telah diisytiharkan sebagai persona non grata atas kesalahan penipuan atas talian baru-baru ini.

Ia melibatkan kesemua warganegara China ini ditahan pada 12 Oktober lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Persona non grata adalah orang yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan semasa dia berada di sesebuah negara.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, pihaknya menahan semua suspek dalam lokasi serbuan dilakukan di sebuah hotel terkemuka.

“Hasil siasatan mendapati sindiket itu telah beroperasi antara 6 bulan hingga setahun dan sering bertukar tempat operasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kotinjen Kuala Lumpur hari ini.

Pertuduhan kes berkenaan telah dibuat pada 4 November lalu dan pengisytiharan persona non grata sudah diperoleh pada 8 Disember lalu.

“Siasatan lanjut akan diadakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tambah beliau.

Selain itu itu, beliau turut memaklumkan polis sedang menunggu permohonan seorang lelaki warga Taiwan sebagai persona non grata atas kesalahan yang sama.

Ujarnya tangkapan semua suspek itu dibuat pada 29 November lalu oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial  Dang Wangi bersama-sama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di sebuah bilik sebuah hotel di Bukit Bintang.

“Yang ditangkap juga terdiri daripada warga Malaysia iaitu seorang lelaki dan 22 wanita manakala selebihnya warga asing berumur 15 hingga 40 tahun,” katanya.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 93 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 40 komputer, 29 unit mobile wifi, lima buah buku, dua modem, empat kad akses dan wang tunai bernilai RM2,675.

Terdahulu Saiful Azly berkata, kesemua suspek itu kini ditahan reman selma empat hari.

Untuk rekod,Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud  baru-baru ini berkata, warga asing yang didapati terlibat dan disabitkan dengan kesalahan membabitkan kegiatan jenayah akan diisytiharkan sebagai persona non grata.

Keputusan itu terpakai kepada semua warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen tanpa mengira jenis pas yang dimiliki.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Penjenayah bersiri si Rohingya Long Tiger belum lagi diisytihar sebagai persona non grata supaya pindahkan rumah kedai makannya ke pulau Bashan Char.

Comments are closed.