KUALA LUMPUR – Malaysia merancang untuk melihat semula pendekatannya dalam industri pertanian bagi memodenkan sektor tersebut dan mengguna pakai kaedah penanaman pintar untuk meningkatkan pendapatan petani serta memajukan sektor berkenaan,
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pertanian kekal penting kepada ekonomi malah ia menjadi bertambah penting kerana Covid-19 telah membawa perspektif baharu dalam keselamatan makanan dan penciptaan pekerjaan.
“Melangkah ke hadapan, kita mahu memastikan sektor ini terus berkembang.
“Penanaman pintar akan menjadi satu subjek penting.
“Kami mahu memodenkan pertanian, memiliki lebih banyak teknologi dan merangsang anak muda menceburi bidang ini,” katanya semasa sesi dialog bersama Pengurus Negara untuk Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Dr. Firas Raad.
Sesi tersebut diadakaan sempena pelancaran secara maya laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia hari ini.- MalaysiaGazette