KUALA LUMPUR – Perak dilaporkan berdepan cabaran dari pasukan lain bagi mendapatkan khidmat bekas pemain sayap Kedah, Hadin Azman untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Pendatang baharu Liga Super, Pulau Pinang kini muncul pasukan yang berminat untuk menandatangani Hadin selepas dilepaskan oleh pasukan Kedah apabila saingan musim 2020 berakhir.
Hadin merupakan beberapa pemain yang tidak diberikan kontrak lanjutan oleh pengurusan pasukan Kedah bagi menghadapi saingan musim 2021.
Meskipun membantu Kedah layak ke saingan Piala AFC musim hadapan, skuad kendalian Aidil Sharin itu mahu membawa masuk muka baharu bagi mengisi posisi sayap pasukan.
Sebelum Pulau Pinang menyertai perlumbaan untuk mendapatkan Hadin, satu lagi pendatang baharu Liga Super, Kuala Lumpur dikhabarkan juga berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu. – MalaysiaGazette