Twitter akan menyekat laporan palsu tentang vaksin Covid-19.

NEW YORK – Berita mengenai vaksin Covid-19 akan disekat oleh pengedali perkhidmatan rankaian sosial, Twitter, jika mendapati terdapat maklumat palsu.

“Kami akan menghapuskan maklumat yang tidak sahih tentang vaksin Covid-19 kerana perkara ini mampu mempengaruhi masyarakat” kata Twitter dalam satu kenyataan.

Polisi ini juga merangkumi tindakan terhadap dakwaan yang menyatakan vaksin Covid-19 dihasilkan boleh menyebabkan kecederaan pada orang ramai.

Tambahnya, sekatan itu mampu mengurangkan maklumat yang mengelirukan yang berpotensi membahayakan kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.

Kempen penggambilan vaksin telah dilakukan dibeberapa negara, antaranya Britain, Amerika Syarikat dan Kanada.

Kesatuan Eropah juga akan memulakan kempen vaksin Covid-19 setelah mendapat kelulusan daripada pengawal selia tentang vaksin keluaran Pfizer-BioNTech.

Malah YouTube dan Facebook juga telah mengambil tindakan yang sama dengan menyekat maklumat palsu yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk tidak menganggu atau mempengaruhi masyarakat dalam kempen vaksin tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast