Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR – Polis Johor akan bekerjasama dengan Polis Selangor untuk mengenal pasti tiga individu yang dipercayai anggota Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) yang mahu membunuh Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ketua Polis Johor itu berkata, beliau menerima ugutan tersebut dua minggu lalu menerusi panggilan telefon seorang individu kepada pegawainya.

“Kita sedang buat siasatan. Ugutan bunuh bukan baharu bagi saya, tetapi saya tidak akan ambil ringan jika ia ditujukan kepada saya secara peribadi atau pegawai saya.

“Kita akan jalankan siasatan terperinci untuk kenal pasti suspek-suspek yang terlibat bagi ambil tindakan susulan,” katanya pada sidang media hari ini.

Ayob berkata, beliau telah meninggalkan tugas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman sejak dilantik Ketua Polis Johor, Februari tahun ini.

Susulan pelantikan itu, katanya, beliau tidak lagi terlibat dalam isu-isu keganasan.

”Saya tidak pasti mengapa isu ini timbul kembali. Mungkin ada ura-ura yang mengatakan LTTE akan dikeluarkan dari senarai pengganas oleh Kementerian Dalam Negeri, saya tidak pasti.

“Mungkin ada pihak yang mahu memanaskan isu ini, saya tidak pasti,” ujarnya.

Ayob percaya individu itu warga tempatan kerana panggilan itu dibuat dalam bahasa Malaysia.

Panggilan itu memaklumkan terdapat tiga anggota LTTE dari Selangor akan ke Johor untuk membunuh ketua polis berkenaan.

Dalam panggilan itu, kata Ayob, individu berkenaan turut memperincikan maklumat mengenai tiga anggota LTTE terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Netizen perlu bertindak memburu dan salurkan maklumat hingga tertangkap si PENGGANAD LTTE ini. Kepala LTTE di Penang dah jelad tetlibat, sepatutnya dah boleh cekup, siasat, dakwa dan hukum seberat-beratnya..

Comments are closed.