KUALA LUMPUR – Tindakan segera diperlukan untuk menyemarakkan rakyat Malaysia dengan konsensus nasional yang baharu supaya negara ini tidak menjadi sebuah negara yang gagal pada tahun 2040.
”Dalam hari-hari terakhir tahun 2020, banyak bukti menunjukkan bahawa kita telah gagal dengan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf dunia yang hebat yang bersatu, harmoni, demokratik, adil, makmur dan mampu memanfaatkan kedudukan unik Malaysia sebagai pertemuan empat peradaban yang unggul untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.
”Kita telah gagal dengan Perlembagaan Merdeka 1957, Perlembagaan Malaysia 1963 dan Rukun Negara 1970 untuk mewujudkan asas sebuah negara Malaysia yang hebat,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, Pusat Penyelidikan Ekonomi Jepun (JCER) telah meramalkan bahawa Vietnam akan menjadi negara berpendapatan menengah atas pada tahun 2023 dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan mengatasi Taiwan pada tahun 2035.
Pada tahun 1970, ketika Malaysia mula melaksanakan Dasar Ekonomi Baru, Vietnam mempunyai KDNK yang bernilai AS$2.775 bilion, di belakang angka Malaysia sebanyak AS$3.737 bilion.
Kini KDNK Vietnam adalah lebih besar dan Vietnam akan meninggalkan Malaysia jauh kebelakang dalam beberapa tahun yang akan datang. Dalam 50 tahun dari 1970 hingga 2020, KDNK Vietnam meningkat 122 kali ganda berbanding KDNK Malaysia, yang meningkat 90 kali ganda.
Malaysia juga telah kalah dengan Singapura, yang KDNKnya meningkat 176 kali ganda dalam tempoh 50 tahun terakhir dan juga Indonesia, yang menyaksikan peningkatan 111 kali ganda.
Selama 24 tahun, walaupun dengan pelbagai kempen anti-rasuah, dua undang-undang anti-rasuah utama, menaik taraf Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Malaysia terus jatuh ke peringkat terendah dan satu markah terendah dalam TI-CPI pada tahun 2017.
Dalam laporan pertama Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) yang diterbitkan pada tahun 1995, daripada satu siri laporan integriti tahunan yang berterusan selama 25 tahun, Malaysia berada di kedudukan ke-23 daripada 41 negara, ataupun negara pada kedudukan ke-6 tertinggi di Asia-Pasifik selepas New Zealand -1, Singapura – 3, Australia – 7, Hong Kong – 17 dan Jepun – 20, dengan markah CPI 5.28. (10 untuk sangat “sangat bersih” dan 0 untuk “sangat korup”)
Selepas TI-CPI 2019, yang mana Malaysia berada di kedudukan ke-51 dengan markah 53 – prestasi terbaik pada suku terakhir abad yang menyaksikan peningkatan enam mata untuk markah TI-CPI dan 10 kedudukan dalam masa setahun.
Dalam 25 tahun yang lepas, negara-negara lain yang berada di bawah dalam senarai TI-CPI 1995 pantas menyusul ke atas sementara kedudukan Malaysia terus merudum, tambah Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri itu.
China berada di kedudukan ke-40 dari 41 negara dengan markah CPI 2.16 pada tahun 1995. Pada tahun 2019, China berada di kedudukan ke-80 dengan markah CPI 41.
Negara-negara Asia lain seperti Thailand, Indonesia dan India mencatatkan peningkatan besar dalam memerangi rasuah. Thailand, yang berada di kedudukan ke-34 dengan markah CPI 2.79 pada tahun 1995 kini berada di kedudukan ke-85 (dari 183 negara) dengan markah yang bertambah baik dari 40 dari 100.
India berada di kedudukan ke-35 dengan markah CPI 2.78 pada tahun 1995 kini berada di tangga ke-80 dengan China dengan markah 41 yang bertambah baik.
Bahkan Indonesia juga mencatatkan peningkatan signifikan dalam bidang antirasuah.
Berada di kedudukan paling bawah ke-41 pada tahun 1995, dengan markah CPI 1.94, Indonesia kini berada di tangga ke-101 dengan markah CPI yang meningkat pada 36 pada tahun 2019.
”Malaysia perlu segera bangun semula jika kita ingin mengelak daripada terhumban ke arah sebuah kleptokrasi, kakistokrasi dan negara yang gagal.
”Masanya telah tiba untuk bertindak merangka suatu konsensus kebangsaan yang baharu jika kita mahu menyelamatkan negara kita daripada nasib menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara yang gagal menjelang 2040.,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Kontrak Sosial masih gagal sehingga tanah Melayu kini merosot ke 12% dan 30% equity ekonomi pribumi Melayu adalah amat memalukan di mata antarabangsa berbanding pribumi di negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini Dominican Republic semakin bertambah kukuh memiliki ekonomi hak keistimewaan pribumi mereka.
Itu salah rakyat memilih pemimpin korap. Rakyat tak kenal mereka. Rakyat melihat rupa cantik cakap bijak kedudukan terhormat. Hati budi mereka hitam berkarat tak nampak dipandang mata. Rakyat juga terlalu bodoh walau berkali2 tertipu tidak jadikan pengajaran. Hanya sekolah boleh mendidik manusia jadi manusia . Bukan haiwan hidup bersama manusia.