TERKINI : Hasrat TH Beli Menara VSQ 1 Beri Pulangan Pelaburan – Zulkifli Mohamed

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) berhasrat membeli sebuah menara pejabat 20 tingkat bagi memacu dan mengukuhkan pulangan menerusi sektor pelaburan hartanah.

Rancangan membeli bangunan Menara VSQ 1 di Jalan Utara, di sini itu ialah perolehan kedua selepas penstrukturan semula kendalian Urusharta Jamaah Sdn Bhd Berhad (UJSB) selesai dilaksanakan pada akhir 2018 lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pelaburan TH dalam menara berkenaan menunjukkan komitmen berterusan untuk memberi nilai tambah dan pulangan baik kepada pendeposit, selain membantu merancakkan sektor hartanah negara.

“Saya percaya pelaburan ini akan memberi pulangan baik, memandangkan kedudukan hartanah yang strategik dan sudah disewa sepenuhnya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast