Thuram digantung ena perlawanan sehingga Disember 2021 kerana kesalahan meludah muka pemain lawan dalam aksi Bundesliga pada malam Sabtu lalu.Foto: AP

LONDON – Penyerang Borussia Monchengladbach, Marcus Thuram digantung enam perlawanan berkuatkuasa serta merta selepas didapati meludah muka pemain Hoffenheim, Stefan Posch dalam aksi Bundesliga pada Ahad lalu.

Beikutan itu pemain tersebut dilayang kad merah pada minit ke-77 selepas pengadil meneliti Sistem Video penolong Pengadil (VAR).

Pada perlawanan Hoffenham menang 2-1 hasil jaringan pemain yang dipinjamkan Tottenham Hotspur, Ryan Sessegnon.

Gaji Thuram akan disekat kelabnya selain dia didenda £37,000 oleh Persatuan Bola Sepak Jerman (FA).

Pemain berusia 23 tahun itu bagaimanapun berkata, dia tidak berniat untuk mengkasari atau meludah muka pemain lawan dan ia bukan sikap sebenarnya.

“Hari ini sesuatu berlaku yang mana ia bukan karakter saya yang sebenar. Saya bertindak secara tidak betul ke atas pemain lawan dan berlaku secara kebetulan dan tidak berniat untuk melakukannya.

“Saya memohon maaf kepada semua, Stefan Posch, rakan sepasukan, ahli keluarga dan kesemua pihak yang melihat tindakan saya.

“Saya menerima segala implikasi yang menyusul akibat perbuatan saya,” katanya dalam akaun Instragram.

Sementara itu, Pengarah Sukan Gladbach Max Eberl  berkata: “Saya telah mengadakan perbincangan yang panjang dengan Marcus pagi ini yang mana dia menyesal dan memohon maaf atas perbuatannya kepada kelab dan saya.

“Kami kenal Marcus lebih dua tahun dalam kelab ini, termasuk latar belakang serta keluarganya.

“Insiden semalam tidak mewakili sikap sebenar dia… ya itu bukan dia,”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast