Gelagat Santa Claus sempena sambutan perayaan Krismas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sebuah pusat beli belah Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 12 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Krismas dibenarkan mengikut had kehadiran ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional WP Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kebenaran itu  selaras prosedur operasi standard (SOP) dan protokol sambutan perayaan yang dikeluarkan MKN bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

“Upacara sembahyang di rumah ibadat seperti Minor Basilica, Cathedral, Gereja dan Chapel adalah berdasarkan satu pertiga keluasan untuk satu sesi bagi RIBI bersaiz besar atau tidak lebih 30 orang untuk satu sesi bagi RIBI bersaiz kecil,” menurut kenyataan itu.

Pada Jumaat lepas, MKN bersetuju membenarkan penganut Kristian mengikuti upacara sembahyang pada 24 dan 25 Dis di kawasan PKPP dan PKPB dengan aktiviti kunjung mengunjung hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan.

Bagaimanapun, rumah terbuka dan aktiviti carolling dari rumah ke rumah di kawasan PKPP, PKPB dan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast