Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan rundingan awam mengenai kajian pelaksanaan FNP (Fixed Number Portability) yang akan berakhir pada 1 Mac 2021.

Pelaksanaan FNP membolehkan pengguna mengekalkan nombor talian tetap sekiranya hendak bertukar kepada pembekal perkhidmatan baharu, atau bertukar jenis perkhidmatan, atau berpindah ke lokasi yang baharu.

FNP dijangka memberi lebih banyak manfaat dan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik.

Di samping itu, ia juga memberi ruang kepada persaingan yang lebih sihat berdasarkan kualiti perkhidmatan, pakej perkhidmatan dan harga yang berpatutan dalam kalangan pembekal perkhidmatan telekomunikasi.

“”SKMM mengharapkan maklum balas dari semua pihak dapat membantu SKMM merangka pelan tindakan yang bersesuaian bagi menjayakan pelaksanaan FNP di Malaysia.

”Oleh yang demikian, semua pihak adalah dijemput untuk turut serta memberikan maklum balas kepada SKMM,” katanya di sini.

Maklumat lanjut berkenaan kertas rundingan awam ini boleh didapati di pautan: https://mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Public-Consultation-Paper-Implementation-of-FNP-in-Malaysia.pdf – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast