Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Shahir Adnan bergambar bersama surat bantahan yang dihantar kepada ROS pada sidang media berkaitan bantahan terhadap pendaftaran ROS Parti Ikatan Demokratik Muda (MUDA) di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Putrajaya. Foto AFIQ HAMBALI, 24 DISEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disifatkan sebagai seorang yang tidak melakukan ulangkaji ketika mahu menamakan partinya sendiri.

Ini kerana, Ahli Parlimen Muar itu cuba mengambil jalan mudah dengan mencuri idea daripada penubuhan parti lain tanpa mahu berfikir sendiri, kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh Syed Saddiq itu boleh memberi gambaran tidak elok kepada golongan muda yang menyertai partinya kerana pada peringkat awal lagi sudah ketandusan idea untuk mencari nama parti sendiri.

“Saya sebagai Ketua Pemuda parti ini ingin mengingatkan (Syed Saddiq) untuk carilah idea sendiri, nama parti dan ideologi perlembagaan parti sendiri.

“Janganlah kita tunjukkan kepada orang-orang muda di dalam parti Muda ini sebagai golongan copycat (peniru),” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) menghantar surat bantahan kepada ROS terhadap pendaftaran ROS Parti Ikatan Demokratik Muda (MUDA) di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Putrajaya. Foto AFIQ HAMBALI, 24 DISEMBER 2020.

Terdahulu, Shahir mengetuai rombongan ahli DPIM menghantar bantahan kepada Pengarah Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) terhadap pendaftaran Parti Muda.

Mengulas lanjut Shahir berkata, bantahan itu merupakan ketegasan suara daripada Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) , Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir serta anggota parti yang melihat penubuhan parti baharu itu akan mengelirukan rakyat.

Ia disebabkan terdapat persamaan dalam penggunaan nama parti yang telah digunakan oleh Parti Ikatan setelah sekian lama, katanya.

Jelas Shahir, Parti Ikatan telah tertubuh sejak 2012 lagi serta mendapat kelulusan daripada RoS sebagai sebuah parti politik pada tahun 2015 dan telah bergiat aktif termasuklah ketika pilihan raya Umum lalu.

“Bantahan kami adalah agar rakyat tak keliru dengan nama Parti Ikatan khusus untuk kami dan ideologi parti kami adalah ideologi parti berbilang kaum. Ideologi parti Muda juga berbilang kaum dan ini mengelirukan rakyat,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Syed Saddiq berkemungkinan besar perlu mencari nama lain untuk partinya kerana berdasarkan maklum balas dariada RoS sesuatu pertubuhan tidak boleh menggunakan nama yang sama dengan parti sedia ada kerana ia boleh mengelirukan.

Dalam parti itu Shahir berpendapat , perlembagaan Parti Muda itu sendiri tidak jelas kerana golongan muda yang menyertai parti tersebut tidak mempunyai hala tuju kerana dengan mudah semua orang akan menemui usia tua sedangkan parti itu hanya memperjuangkan golongan muda,

Justeru katanya, tidak perlu ditubuhkan lagi parti baharu sebaliknya, lebih baik jika mengukukuhkan hubungan dengan parti-parti sedia ada demi kebaikan rakyat dalam berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Parti pro Kontrak Sosial kemaruk sokongan undi pendatang cina keling untuk menang sorak kampung tergadai sehingga tanah Melayu kini merosot ke 12% dan majority ekonomi negara dimiliki korporat pendatang cina keling.

  2. memberi gambaran tidak elok kepada golongan muda yang menyertai partinya kerana pada peringkat awal lagi sudah ketandusan idea untuk mencari nama parti sendiri.

    golongan muda yang menyertai parti tersebut tidak mempunyai hala tuju kerana dengan mudah semua orang akan menemui usia tua sedangkan parti itu hanya memperjuangkan golongan muda,

  3. parti ape ni woi… macam bodoh bingai jer aku tgk….. wujud ka… macam hidup segan mati tak mau jer…

Comments are closed.