Maradona

BUENOS AIRES – Laporan bedah siasat terhadap mayat legenda bola sepak dunia Diego Maradona mendapati tiada sebarang kandungan alkohol atau dadah terlarang dalam badan beliau semasa meninggal dunia.

Maradona meninggal dunia awal pagi pada 25 November lalu pada usia 60 tahun.

Laporan bedah siasat kedua yang dijalankan ke atas mayat Maradona mendedahkan, dia menghadapi masalah buah pinggang, jantung dan paru-paru.

Sebelum ini ahli keluarganya menuntut untuk siasatan mendalam sama ada kematian legenda itu melibatkan sebarang kecuaian akibat rawatan doktor peribadinya.

Maradona yang diangkat sebagai antara pemain bola sepak hebat sepanjang masa berjaya menjalani pembedahan pembekuan darah pada otak awal November lalu dan rawatan pemulihan alkohol.

Laporan pertama bedah siasat mendapati Maradona telah meninggal dunia akibat kegagalan jantung berfungsi. – MalaysiaGazette