Filem Ejen Ali

KUALA LUMPUR – Dalam masa tidak sampai 24 jam selepas tayangan dan dilancarkan di laman YouTube rasmi, filem pendek terbaharu dan pertama Ejen Ali yang berjudul MISI: JUANG telah meraih lebih 1 juta tontonan.

Ia juga mencapai trending nombor 1 di laman Youtube, katanya satu kenyataan hari ini.

Filem pendek hasil gabungan Primeworks Studios dan WAU Animation yang berdurasi tiga minit lebih itu telah dilancarkan pada 25 Disember lalu tepat jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube Rasmi EJEN ALI.

Ia masih mengekalkan lagu runut bunyi Kita Jaga Kita nyanyian Altimet, Malik Abdullah dan Cuurley yang diberikan nafas baru, filem pendek MISI: JUANG merupakan penghormatan khas kepada barisan hadapan dan penghargaan atas usaha berani mereka memerangi pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast