KUALA LUMPUR – Isu kartel daging yang diragui status halal tidak pernah berlaku sepanjang saya menjadi Perdana Menteri, kata Datuk Seri Najib Razak.
“Walaupun media melaporkan ianya telah berlaku sejak 40 tahun lalu, pada ingatan saya, isu kartel daging yang diragui halalnya tidak pernah timbul sepanjang tempoh saya PM dan kerajaan kami juga tidak pernah menerima apa-apa aduan rasmi berhubungnya.
“Saya juga telah check dengan menteri-menteri berkenaan pada masa itu dan mereka juga mengesahkan tiada aduan pernah diterima dan media juga tak pernah timbulkan isu ini sepanjang masa saya PM,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.
Menurut Najib, jika ada, sudah tentu kerajaan bawah pimpinannya dahulu akan mengambil tindakan jika menerima aduan rasmi atau ada maklumat mengenainya.
“Setelah dikaji, rupanya isu ini pertama kali dilaporkan pada bulan Oktober 2019 tahun lepas. Media Asia Sentinel yang mula-mula membuat dakawaan setelah sebuah badan pensijilan halal di Australia telah ditarik balik pengiktirafan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
Namun menteri terlibat semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) menolak dakwaan itu termasuk Datuk Dr Mujahid Yusof dan timbalannya, Fuziah Salleh.
“Masa itu, ketua SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) lantikan politik PH Latheefa Koya pula janji mereka akan siasat dan beri update kemudian.
“Selepas itu, isu in tengelam sekali lagi sehingga minggu lepas dan Lateefah Koya juga tidak pernah beri apa-apa update berhubung isu ini sehingga dia letak jawatan 4 bulan kemudian apabila kerajaan PH tumbang,” kata Najib lagi.
Bagaimanapun, katanya, semalam menteri terlibat pada zaman PH, Datuk Dr Mujahid Yusof SPRM tidak pernah campur tangan atau siasat isu ini semasa dia menteri.
“Sebab itu, kita patut tanya Latheefa Koya, kekanda dan Fuziah apa status siasatan berhubung kartel daging ini sepanjang tempoh 4 bulan mereka menyiasat,” kata Najib.- MalaysiaGazette
hng apa tau jib..hang pon duit msuk acc sndiri pon x tau
Isu masa PH timbul sbb org dh dh tak nak ambil rasuah dah. Masa 40 tahun dulu termasuk semasa ajib jd PM..org suka ikut bossku
Jawaban lazim
Tak tahu..
Bila dah terbukti..
Utk badan kebajikan@anak yatim.
Nak lepas kan tengkuk, menunjuk diri tu lebih suci.
Haprak
Najib tidak suci tapi dia jawab ada bukti.masa PH perentah abu mayat cheng peng pun boleh masuk.