Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menyalurkan bantuan sejumlah RM100,000 kepada 500 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sekitar Perlis.

PADANG BESAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menyalurkan bantuan sejumlah RM100,000 kepada 500 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sekitar negeri ini.

Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Huzaini Ramli berkata sumbangan tersebut merupakan agihan wakalah zakat perniagaan Nafas kepada golongan asnaf yang layak menerimanya iaitu sebanyak RM200 seorang.

“Enam PPK yang menerima bantuan ini adalah PPK Mata Ayer, PPK Padang Siding, PPK Paya, PPK Bintong, PPK Beseri dan PPK Titi Tinggi,” katanya kepada pemberita pada Program Prihatin Peladang di PPK Mata Ayer, hari ini.

Huzaini Ramli

Turut hadir, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perlis Azizul Lebai Ishak.

Huzaini berkata wakalah adalah dasar pengembalian wang zakat oleh majlis-majlis agama Islam negeri kepada pengeluar zakat sebagai wakil untuk diagihkan semula kepada penerima yang layak.

Katanya program ini secara keseluruhan akan memberi manfaat kepada lebih 7,000 keluarga seluruh negara sepanjang ia dilaksanakan tahun ini.

“Diharapkan agihan ini dapat membantu meringankan kos perbelanjaan seharian serta memanfaatkan penerima dan ahli keluarga ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast