MANILA – Seorang anggota kumpulan militan Abu Sayyaf yang terlibat dalam penculikan di Pulau Sipadan, Sabah 20 tahun lalu menyarah diri kepada pihak berlkuasa Filipina di wilayah Tawi-Tawi pada petang Krismas.

Pemerintah tentera Mindanao Barat, Leftenan Jeneral Corleto Vinluan Jr mengenalpasti anggota kumpulan Abu Sayyaf itu sebagai Barri Lakibol, 44, yang turut dikenali dengan nama Barley Badeng, Otoh Itom dan Robin.

Vinluan berkata, Lakibol dilatih oleh pemimpin kumpulan Abu Sayyaf yang berpengkalan di Sulu, Ghalib Alang atau Komander Robot pada Januari 2000 dan terlibat dengan penculikan secara besar-besaran pada tahun yang sama.

Kumpulan itu menculik 21 orang, kebanyakannya pelancong Eropah, dari pulau peranginan Sipadan, Sabah pada 23 April 2002 dan membawa mereka ke wilayah Sulu.

Tebusan itu dibebaskan dalam beberapa kumpulan, dipercayai selepas wang tebusan dibayar.

Vinluan berkata, Lakibol turut terlibat dengan penculikan 12 mubaligh warga Filipina yang diketuai Pastor Wilde Almenda yang pergi ke kem kumpulan Abu Sayyaf untuk menenangkan para tebusan yang diculik dari Sipadan.

Beliau berkata, Lakibol mendedahkan bahawa dia meninggalkan kumpulan Abu Sayyaf pada 2006 berikutan serangan-serangan yang dilakukan oleh tentera yang memberi kesan kepada pemimpin-pemimpin kumpulan itu.

Pemerintah pasukan bertindak bersama Tawi-Tawi, Kolonel Arturo Rojas berkata, Lakibol akan diserahkan kepada kerajaan tempatan, Bango berikutan pendaftarannya dalam program integrasi semula. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast