Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Asmaalif Abdul Adam selepas membuat laporan polis bersama beberapa NGO di IPD Dang Wangi semalam.

KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak menyegerakan siasatan isu status halal daging import seperti dituntut oleh pemimpin Parti Amanah Nasional (Amanah).

Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam berkata, pihaknya memandang serius apa yang berlaku kerana ia melibatkan peraturan agama Islam di negara ini.

“Satu usul mengenai perkara ini telah di bawa oleh mantan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa semasa konvensyen Amanah pada 27 Disember lalu di Melaka berkenaan kesangsian status halal daging import setelah terdedahnya laporan berita penggeledahan sebuah gudang yang menjalankan operasi membuat pembungkusan semula daging import yang diragui status halalnya.

“Usul tersebut menuntut pihak berwajib untuk menyiasat agensi-agensi yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Asmaaliff, Mujahid semasa menjadi menteri telah melakukan audit dalaman mengenai perkara tersebut dan telah membuat penstrukturan dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membendung perkara tersebut.

Mujahid, katanya juga telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan sehingga sekarang belum ada lagi tindakan daripada agensi penguatkuasaan berkenaan.

Selain itu, semalam, pihaknya telah membuat laporan polis mengenai isu yang sama bersama beberapa NGO termasuk Majlis Jemaah Muhibbah Malaysia, Amal Sejagat, Gerakan Martabat Pejuang Negara dan Majlis Belia Malaysia di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dalam laporan itu, Asmaaliff berkata, pihaknya mahu kerajaan menyenaraikan syarikat pembekal daging tersebut untuk dimaklumkan kepada orang awam.

“SPRM pula diminta menyiasat sekiranya terdapat unsur rasuah dalam agensi kerajaan termasuk JAKIM sehingga membolehkan sijil halal disalagunakan,” ujarnya.

Pihak berkuasa juga diminta menyiasat secara terperinci tanpa prejudis dan bertindak segera terhadap salahguna logo halal yang boleh mendatangkan implikasi buruk menghuru-harakan kepercayaan umat Islam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Aik, kulup besar kulup kecik kulup hancing tu pun dah join parti tak berAMANAH pulak ke?
    Elok la kalau mcm tu, legaaaaa aku bila tengok si kulup tu dengan parti tak berAMANAH

Comments are closed.