Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Superintendan Amir Hussin merupakan antara tiga pegawai kanan polis yang terlibat dalam pertukaran pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Senior Asistan Komisioner Datin Seri Asmawati Ahmad berkata, Amir akan bertukar ke Perlis sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Beliau kini merupakan Pegawai Turus Risikan, Cawangan Risikan dan Operasi Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, di Bukit Aman.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Kelantan Deputi Superintendan Sik Choon Foo dinaikan pangkat sebagai Superintendan dan akan menyandang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Gua Musang.

Selain itu Seputi Superintendan Mohd Sohaimi Ishak pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Seri Alam, Johor dengan memangku pangkat Superintendan.

Beliau kini merupakan Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, di Perak.

Kesemua pelantikan dan pertukaran itu berkuatkuasa mulai 2 Februari 2021. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast