Anggota bomba berehat seketika ketika hujan selepas selesai membuat semburan nyah kuman berikutan Perintah Kawalan pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan wabak Covid-9 ketika tinjauan lensa Malysia Gazette di Asrama Pekerja Top Glove,Meru, Klang. foto MOHD ADZLAN, 24 NOVEMBER 2020.

KLANG – Daripada berasa bimbang dan tidak tenteram pada peringkat permulaan, orang Klang kini sudah lali dengan kehadiran ambulans yang berulang-alik di Bandar Diraja Selangor itu.

Hakikatnya, kehadiran ambulans telah menjadi “norma baharu” di Klang, malahan kewujudan empat buah ambulans secara serentak di tempat sama bukan sesuatu yang mengejutkan.

China Press melaporkan, penduduk malahan melihat ambulans tidak lain seperti teksi atau kereta e-hailing yang kelibatnya boleh dilihat di mana-mana jua.

Kehadiran ambulans yang kerap juga menggambar keadaan jangkitan COVID-19 di Klang yang mencatatkan 3,476 kes dari 14 Disember hingga 27 Disember.

Ahli Majlis Perbandaran Klang, Lee Fu Haw berkata, ambulans di Klang memang sangat sibuk, manakala penduduk yang pada mulanya berasa cemas dengan bunyi siren ambulans, kini sudah membiasakan diri.

Keadaan itu, katanya, berlaku terutamanya di kawasan flat di Bandar Sultan Sulaiman di Northport yang mencatatkan jangkitan hampir setiap hari sejak Oktober.

“Penduduk berasa tidak berdaya apabila melihat kehadiran ambulans dan menggambarkannya sebagai ‘teksi’ yang mengambil ‘penumpang’ ke hospital,” katanya.

Menurutnya, walaupun kawasan perindustrian dan flat di Northport merupakan zon merah dengan kemunculan beberapa kluster jangkitan, tetapi kehidupan orangĀ  ramai nampaknya tidak terkesan.

Ujarnya, aktiviti berkumpul-kumpul dan perniagaan tepi jalan masih berjalan seperti biasa.

Katanya, selepas membuat aduan berulang kali, pihak berkuasa telah memasang kain rentang mengingatkan penduduk bahawa mereka berada dalam zon merah COVID-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Dimana bekas Menteri KM PH, yang dikatakan jadi consultan untuk kerajaan Selangor menangani Covid. Ingatkan hebat sangat sampai LGE minta diserap dalam kerajaan. Kalau untuk negeri selangor pun tak boleh nak kawal, jadi jangan katakan nak kawal Malaysia. Lagi teruk rasanya. Patutnya mana2 premis yang tidak patuhi SOP, mintalah PBT tutup premis itu sementera. Nampak di Selangor, PBT2 sudah tidak buat rondaan pemantaun. Kerja mudah macam ini pun tidak boleh hendak fikir ke? Tak akan nak harap menteri sumber manusia nak ambush hari2 pula.

Comments are closed.