BRASILIA – Pengilang picagari Brazil memberi amaran bahawa program vaksinasi koronavirus negara itu dalam keadaan risiko selepas kerajaan menetapkan harga terlalu rendah.
Kementerian Kesihatan berusaha membeli 331 juta picagari pada lelongan elektronik tetapi hanya membeli 8 juta atau 2.5 peratus daripada sasaran, setelah menetapkan harga rujukan di bawah harga tawaran syarikat.
Ini bermakna, Brazil, berisiko tidak menghadapi kekurangan picagari untuk melaksanakan program vaksin Covid-19.
Brazil setakat ini belum meluluskan vaksin dan tidak ada tarikh yang jelas untuk memulakan program vaksinasi.
Negara ini mencatatkan jumlah kes Covid-19 ketiga tertinggi di dunia lebih daripada 7.6 juta dan jumlah kematian kedua tertinggi iaitu hampir 195,000 orang.
Kementerian Kesihatan telah menetapkan jumlah picagari dan jarum yang akan disediakan dan anggaran harga untuk lelongan.
Ketua Kumpulan Lobi Industri Perkakasan dan Peralatan Perubatan (ABIMO), Paulo Henrique Fraccaro berkata, Kementerian Kesihatan menawarkan 13 centavos setiap jarum suntik sementara syarikat meminta antara 22 hingga 48 centavos bergantung pada barangan.
Sao Paulo, negeri terkaya, telah membeli 50 juta jarum suntik dan merancang untuk membeli 50 juta lagi, seluruh negara akan memerlukan sekitar 320 juta jarum suntik yang harganya paling banyak 120 juta reais, kata Fraccaro.
Prospek kehabisan jarum suntik boleh menyebabkan panik di negara ini atau menyebabkan import lebih mahal, tambahnya. – MalaysiaGazette