Parti Putra Malaysia

Perutusan Khas Tahun Baru 2021 Parti Putra

TIDAK ada apa yang hendak dilafazkan sempena Sambutan Tahun Baru 2021. Lidah kelu tidak mampu berkata apa apa, sedih melihat kehidupan derita majoriti rakyat jelata.

Negara kita Malaysia yang kononnya hebat selama ini seolah-olah cacamarba setelah 63 tahun merdeka.

Negara kaya raya, pelbagai hasil bumi semuanya ada. Rakyat hanya 32 juta, tetapi negara sudah berhutang lebih RM1 trilion, majoriti rakyat masih hidup dalam kemiskinan terutama pribumi, walaupun pasarana negara memacu hebat.

Kenapa begini jadinya? Pemimpin kaya raya, tapi rakyat derita dalam debu. Pemimpin berada dalam syurga dunia. Rakyat seperti itik kehausan.

Politik kacau bilau. Kerajaan tidak stabil. Siapa punya angkara? Telah datang hukum karma kerana tiada berkat. Datang pula Covid-19 menambah beban yang sudah berat.

Rakyat Malaysia berada dalam terowong yang gelap. Apakah rakyat akan mendapat cahaya di hujung terowong 2021?

Mungkin ada cahaya jika negara dikemudikan oleh nakhoda-nakhoda yang bersih lagi bermoral. Bahtera yang dipukul gelombang, ribut dan petir, jika nakhoda diberkati Allah, nescaya Allah akan permudahkan segala cabaran getir.

Bagi mendapat berkat Allah, nakhoda mesti hatinya suci, jujur dan bersih serta berakhlak mulia. Makmun mesti pilih imam yang betul. – MalaysiaGazette

Presiden Putra, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Utk pngetahuan TUK HIM, salah satu sbb bsr knapa terjadi spt skrang adalah krana seorg tua bngka yg juga pemimpin pujaan tuk him iaitu madey..Sbgaimna kata MAT SABU, beliaulh BAPAK PELINGKUP NEGARA..

Comments are closed.