Beijing 2022

BEIJING – China pada Jumaat malam melancarkan secara rasmi logo untuk setiap acara Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022.

Pelancaran dibuat pada Karnival Ais Salji Sambut Tahun Baharu dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2021 yang disempurnakan oleh wakil sektor sukan dan kesenian.

Terdapat 30 logo diumumkan dalam majlis itu termasuk 24 logo Sukan Olimpik Musim Sejuk dan enam logo Sukan Paralimpik.

Reka bentuk kesemua logo diilhamkan daripada perkataan bahasa Cina, yang menggabungkan unsur yang terdapat dalam acara sukan musim sejuk dengan kebudayaan tradisional China.

Konsep dan wawasan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk kali ini mengetengahkan semangat mencabar diri demi kecemerlangan.

Latar belakang logo berwarna merah melambangkam matahari terbit dari arah timur yang turut menggambarkan keghairahan dan harapan, selaras dengan kemeriahan temasya sukan yang bakal diadakan itu bersempena Tahun Baru Cina 2022.

Logo-logo tersebut bakal digunakan sebagai hiasan stadium, papan tanda, tiket, penyiaran televisyen serta untuk mempromosi penganjuran kejohanan itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast