LONDON – Arsenal terus mencatatkan momentum kemenangan selepas membelasah West Brom 4-0 untuk melengkapkan tiga kemenangan Liga Perdana dalam lapan hari.
Sebelum perlawanan minggu lalu, Gunners melalui lapan perlawanan liga tanpa kemenangan dan mendapati mereka bergelut di kelompok bawah liga.
Namun sembilan mata penuh membantu Arsenal kembali merebut tempat ke saingan Eropah ketika mereka kini berada di kedudukan ke-11 dan hanya tiga mata daripada kelompok enam teratas.
Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris lain yang berakhir awal pagi tadi.
Crystal Palace 2 Sheffield United 0
Tottenham 3 Leeds 0
Brighton 3 Wolves 3
West Brom 0 Arsenal 4 – MalaysiaGazette