Abu Bakar Bashir. foto Straits Times
JAKARTA – Ulama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir,  pemimpin spiritual kumpulan pengganas Asia Tenggara, Jemaah Islamiah (JI), akan dibebaskan dari penjara Jumaat ini.
Beliau berusia 82 tahun, dipenjarakan sejak penahanannya pada tahun 2009.
Pada tahun 2011, dia telah dijatuhi hukuman dipenjara 15 tahun kerana didapati bersalah membiayai kem latihan pengganas di, Aceh.
Namun hukuman penjara dikurangkan 55 bulan kerana berkelakuan baik.
Ketua pejabat undang-undang dan hak asasi manusia wilayah Jawa Barat, Imam Suyudi memaklumkan Bashir akan dibebaskan dari penjara Gunung Sindur di Bogor, Jumat ini.
“Dia telah menjalani hukuman dengan baik dan mematuhi semua undang-undang dan prosedur,” katanya.
Pasukan peguam bela Bashir telah memohon kepada kerajaan untuk pembebasan awal Bashir susulan kebimbangan penularan wabak koronavirus di dalam penjara, selain faktor umur.
April lalu, Indonesia membebaskan 30,000 tahanan yang telah menjalani hukuman dua pertiga dari hukuman mereka, dalam usaha untuk mencegah penyebaran koronavirus di penjara yang padat.
Pada bulan Disember 2018, ulama Indonesia itu ditawarkan pembebasan awal atas alasan kemanusiaan oleh pemerintah kerana kesihatannya yang semakin merosot.
Namun, dengan syarat ia harus terlebih dahulu memberikan kesetiaan kepada Republik Indonesia dan ideologi negara Pancasila, sebagaimana yang disyaratkan oleh semua teroris yang direformasi.
Bashir menolak tawaran itu.
Secara berasingan, jurucakap Polis Nasional Indonesia Ahmad Ramadhan memberitahu wartawan bahawa polis akan memastikan keamanan dan ketenteraman pada hari pembebasan Bashir.
Malah, polis juga akan memantau pergerakan Bashir setelah dia dibebaskan.
Bashir didakwa mendalangi serangan pengganas paling kejam di Indonesia iaitu pengeboman di pulau peranginan Bali yang mengorbankan 202 mangsa pada  tahun 2002.
Walaupun begitu, dia tidak pernah disabitkan dengan serangan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast