Tuesday, October 8, 2024
Home Nasional Covid-19: 11 kluster baharu muncul

Covid-19: 11 kluster baharu muncul

Sebanyak 3,701 kes sembuh Covid-19 telah dilaporkan di dalam negara dalam masa 24 jam  lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 548 kluster Covid-19 dikenal pasti termasuk 11 kluster baharu pada hari ini manakala 306 kluster telah tamat, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 242 kluster.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Perindustrian (200 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Desa (116 kes), dan Kluster Beringin sebanyak 65 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berikut adalah perincian bagi 11 kluster yang dilaporkan.
1. KLUSTER JALAN PLAYAR
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 11 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang.
Sehingga hari ini, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 68 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster yang sama.
2. KLUSTER SRI SURIA
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Petaling, Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 5 Januari lalu melalui saringan bersasar di sebuah kilang.
Sehingga hari ini, sejumlah 258 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster yang sama.
3. KLUSTER TAPAK BINA BUKIT SEMENYIH
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 3 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.
Sehingga hari ini, sejumlah 371 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster yang sama.
4. KLUSTER BUKIT ANGKAT
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 1 Januari lalu melalui saringan bersasar di sebuah syarikat.
Sehingga hari ini, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster yang sama.
5. KLUSTER PARIT JAMIL
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Muar, Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108,188) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.
Sehingga hari ini, sejumlah 612 individu telah disaring, di mana 62 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster yang sama.
6. KLUSTER TOMBOVO
Kluster melibatkan daerah Putatan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-117,629) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.
Sehingga hari ini, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster yang sama.
7. KLUSTER TAPAK BINA JALAN DESA
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 5 Januari lalu melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.
Sehingga hari ini, sejumlah 800 individu telah disaring, di mana 116 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster yang sama.
8. KLUSTER JALAN RAJA
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Titiwangasa dan Kepong, Kuala Lumpur.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 19 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pusat beli-belah.
Sehingga hari ini, sejumlah 125 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster yang sama.
9. KLUSTER LANGIT SELATAN
Kluster melibatkan daerah Kuantan, Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112,707) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.
Sehingga hari ini, sejumlah 43 individu telah disaring di mana sembilan kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster yang sama.
10. KLUSTER BAH SAYAP
Kluster melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112, 711) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.
Sehingga hari ini, sejumlah 48 individu telah disaring di mana lima kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster yang sama.
11. KLUSTER MENGKUANG
Kluster melibatkan daerah Marang dan Kuala Nerus, Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115,063) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.
Sehingga hari ini, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster yang sama. – MalaysiaGazette