KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendakwa ada pihak yang mengambil kesempatan menjual produk minuman yang dikatakan penawar Covid-19.
“Ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjual minuman yang kononnya penawar bagi virus Covid-19.
“Ini tidak benar. Mohon jangan mudah terpedaya,” kata KKM dalam media sosial rasminya hari ini.
Laman media sosial itu juga turut memuatnaik tangkap layar seorang netizen mempromosi produk minuman yang dikenali SiHulk di media sosial.
Hantaran KKM itu mendapat pelbagai reaksi netizien dan rata-ratanya mempertikaikan dakwaan yang dibuat pengguna minuman SiHulk berkenaan.
Bagaimanapun ada juga netizen yang mempertahankan minuman berasaskan madu itu termasuk pemiliknya, Dr. Suhaini Mohammad.- MalaysiaGazette