Foto Instagram MAwar Karim.

KUALA LUMPUR – Bekas isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim mencetuskan kejutan apabila usahawan tudung itu memuat naik hantaran seolah memberi gambaran dia dan anaknya, Wan Maryam dijangkiti Covid-19.

Menerusi Instagram miliknya, Mawar berkata, dia dan anaknya perlu kuat melawan virus berkenaan serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan mereka.

Foto Instagram Mawar Karim.

Sementara itu, Mawar sempat mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang membantunya serta turut memuat naik gambarnya dipercayai dijemput oleh pihak hospital yang datang lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE).

Mawar dan Fizo berkahwin pada November 2013 namun rumah tangga mereka hanya mampu bertahan selama enam tahun apabila bercerai pada Julai 2019.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast