Sebanyak 12 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu dan daripada jumlah itu, enam daripadanya kluster tempat kerja,- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Terdapat sebanyak 561 kluster telah dilaporkan termasuk 13 kluster baharu hari ini, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu memberitahu, jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 309 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kobena, Kluster Mengketil dan Kluster UD SS2.

Jelas beliau, ia menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 252 kluster.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 62 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seri Lanang adalah 504 kes, Kluster Bukit Pasir (283 kes), dan Kluster Teratai sebanyak 85 kes,” katanya pada sidang media hari ini.

Noor Hisham menambah, terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

Berikut adalah perincian kluster tersebut.

1. KLUSTER DATARAN UTAS
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Petaling, Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif bermula pada 6 Januari lalu melalui saringan bersasar di sebuah syarikat.

Sehingga hari ini, sejumlah 196 individu telah disaring di mana 66 kes telah dikesan positif dalam kluster yang sama.

2. KLUSTER CASA PERMAI
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Petaling, Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pasar raya. Sehingga hari ini, sejumlah 650 individu telah disaring di mana 109 kes telah dikesan positif.

3. KLUSTER MEDAN JASA
Kluster melibatkan daerah Petaling, Selangor; daerah Kuala Kangsar, Perak dan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-107,659) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif pada 29 Disember 2020. Sehingga hari ini, sejumlah 142 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif.

4. KLUSTER TASIK UTAMA
Kluster melibatkan daerah Seremban, Negeri Sembilan daerah Hulu Langat, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-123,974) telah dilaporkan positif hari ini hasil saringan individu bergejala. Sehingga hari ini, sejumlah 511 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif.

5. KLUSTER FIRMA
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Johor Bahru, Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif bermula hari ini melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga hari ini, sejumlah 85 individu telah disaring di mana 45 kes telah dikesan positif.

6. KLUSTER PERSIARAN TEKNOLOGI
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Kulai, Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif bermula hari ini melalui saringan bersasar di sebuah kilang.
Sehingga hari ini, sejumlah 32 individu telah disaring di mana 25 kes telah dikesan positif.

7. KLUSTER BERSEPADU
Kluster tempat kerja melibatkan Kota Tinggi, Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114,631) telah dilaporkan positif pada 1 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga hari ini, sejumlah 172 individu telah disaring di mana 21 kes telah dikesan positif.

8. KLUSTER JALAN PADU
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Johor Bahru, Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118,692) telah dilaporkan positif pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga hari ini, sejumlah 151 individu telah
disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif.

9. KLUSTER KAMPUNG PITAS
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Kalabakan dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke115,262) telah dilaporkan positif pada 2 Januari lalu hasil saringan individu bergejala. Sehingga hari ini, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 72 kes telah dikesan positif.

10. KLUSTER IKAN EMAS
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Cheras, Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif bermula hari ini
melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga hari ini, sejumlah 43 individu telah disaring di mana 35 kes telah dikesan positif.

11. KLUSTER KAYUH
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Titiwangsa, Kepong dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-121,936) telah dilaporkan positif semalam melalui saringan kontak rapat. Sehingga hari ini, sejumlah 112 individu telah disaring di mana 11 kes telah dikesan positif.

12. KLUSTER JALAN SEPUTEH
Kluster tempat kerja melibatkan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif hari ini melalui saringan bersasar di sebuah restoran. Sehingga hari ini, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif.

13. KLUSTER ANAK AIR
Kluster melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114,997) telah dilaporkan positif pada 1 Januari lalu hasil saringan individu bergejala. Sehingga hari ini, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif. – MalaysiaGazette