Ratusan burung gagak didapati dijangkiti selesema burung dibunuh elak penyebaran penyakit, Foto Agensi.

NEW DELHI – Virus selesema burung kembali apabila negara India mula mengesan strain penyakit itu sejak seminggu lalu.

Ekoran daripada itu puluhan ribu burung dibunuh setelah angsa liar, gagak dan itik di seluruh negara didapati positif selesema burung.

Kerajaan India juga telah mengeluarkan amaran meminta semua negeri untuk mengambil langkah-langkah segera bagi mengekang penyebaran penyakit yang sama.

Walaupun kebanyakan strain berisiko rendah untuk manusia dijangkiti namun semua rakyat disarankan untuk tidak menyentuh burung yang mati atau sakit.

Dalam masa yang sama, India masih bergelut dengan usaha memerangi pandemik Covid-19 dan bagi mengelak dua musibah, orang ramai diminta membunuh burung yang dijangkiti selesema pada kadar segera.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast