Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah menyediakan pelan pemulihan bencana untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan yang berpanjangan.
Ia susulan terdapat kawasan yang mengalami gangguan perkhidmatan ekoran terputusnya bekalan elektrik di menara komunikasi, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Antaranya, menempatkan generator/bekalan kuasa di platform yang dinaikkan, menggunakan genset sementara atau kekal, menaik taraf bateri sandaran serta menyediakan Base Transceiver Station (BTS) mudah alih sementara di pusat
pemindahan.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dan berwaspada dengan perkembangan terkini.
Jimatkan penggunaan peralatan komunikasi sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan anda dan hanya digunakan untuk urusan penting seperti membuat panggilan kecemasan.
SKMM berkata, sekiranya terdapat sebarang gangguan perkhidmatan di kawasan anda, sila hubungi syarikat telekomunikasi yang terlibat bagi membolehkan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan. – MalaysiaGazette