Penafian KKMM

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini tampil menafikan satu mesej tular di media sosial mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Majlis Keselamatan Negara.

Pasukan Respons Pantas KKMM dalam satu kenyataan hari ini menafikan berita itu.

KKMM berkata, berita tersebut adalah tidak benar sama sekali dan orang ramai digesa agar berhenti berkongsi maklumat palsu itu.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan kenyataan bertulis yang mendakwa bahawa Mesyuarat MKN bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di media sosial.

“MKN menegaskan kenyataan tersebut adalah palsu dan menasihati orang ramai agar berhenti daripada berkongsi berita yang tidak ditentusahkan agar tidak menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya.