Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – UMW Holdings Berhad melepasi sasaran jualan kenderaannya pada tahun 2020 berikutan penjualan kukuh oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutunya, Perodua.
Pengecualian cukai jualan yang diumumkan oleh kerajaan yang berkuatkuasa mulai 15 Jun lalu turut meningkatkan permintaan dan mendorong penjualan pada separuh kedua tahun ini.
Menurutnya, UMWT mencatatkan jualan bulanan tertinggi untuk tahun 2002 dengan 9,246 unit pada Disember 2020, menjadikan jumlah keseluruhan jualan sebanyak 59,320 unit, melebihi sasaran penjualan 53,000 unit.
Jualan itu disumbangkan sebanyak 6,320 unit atau 11,9% jualan Toyota Vios, Yaris dan Hilux  – model terlaris untuk tahun lalu.
UMWT juga secara rasmi melancarkan Toyota Vios dan Yaris yang baru ditingkatkan pada 17 Disember 2020 dan pada hari yang sama melancarkanToyota GR Yaris dan Vios GR-S, sebagai sebahagian daripada barisan Gazoo Racing.
Model baharu ini disasar dapat mendorong penjualan pada tahun 2021.
Sementara itu, Perodua menjual 220,154 unit pada tahun lalu, juga melepasi sasaran 210,000 tahun 2020.
Jualan itu dipacu oleh model Myvi, Axia dan Bezza yang masih menjadi kereta terlarisnya pada tahun 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast