KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyelar pihak yang mendesak supaya diadakan pilihan raya di saat negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 sebagai kemaruk kuasa.
Dalam ciapan di laman Twitter, Annuar yang baru dipecat dari jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional malah berkata, tindakan seumpama itu juga tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif terhadap derita rakan.
Malah, katanya, ia juga bukan kehendak akar umbi.
“Mendesak pilihanraya di saat rakyat dan negara berhempas pulas dgn Covid19, banjir, ekonomi, jelas mencerminkan bukan saja tidak bertanggongjawab tapi memperagakan kemaruk kuasa dan tidak sensitif kepada derita rakyat.
“Itu bukan kehendak akar umbi,” katanya.
Ciapan Annuar itu merujuk kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Rabu lalu yang mahu membawa usul mendesak kerajaan supaya diadakan pilihan raya umum ke-15 sebelum berakhir suku pertama tahun ini.
Usul tersebut akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung akhir bulan ini. Bagaimanapun MKT UMNO meletakkan syarat bahawa gesaan diadakan PRU15 itu tertakluk kepada keadaan Covid-19.
Sementara itu, dalam ciapan lain, Menteri Wilayah Persekutuan itu turut melahirkan rasa syukur beliau kerana tinjauan awal menunjukkan mesej sampai ke akar umbi.
Katanya, pemimpin atasan tidak selalunya betul sebaliknya mereka mesti berani membuat keputusan yang betul walaupun terpaksa menanggung akibatnya.
Annuar dalam sidang medianya kelmarin mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar surat kepada Istana menyatakan sumpah setia kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Beliau juga mendakwa Ahmad Zahid membawa agenda untuk berunding dengan DAP seterusnya mewujudkan gabungan dengan parti pembangkang itu.
Langkah tersebut, katanya, bertentangan dengan keputusan UMNO yang secara en-bloc telah memutuskan bahawa No Anwar No DAP. — MalaysiaGazette
Nak juga PRU, kita akan lihat sama ada rakyat akan menghukum BN atau tidak? Yang nampak UMNO akan di persalahkan bila PRU 15 diadakan dalam keadaan convid, seperti yang SU UMNO yang baru katakan tujuan UMNO memberontak kerana tidak puas hati parti dan YB UMNO kena bicara di mahkamah oleh kerajaan PN. Mana laungan UMNO sebelum ini yang kata akan pertahanan rule of law, bukan law of junggle seperti PH, jadi buktikan keberanian UMNO di mahkamah.
UMNO masih xsedar2 bole kalah PRU 14..masa jd pembangkang rakyat mula sokong…tp sekarang rakyat memang meluat dengan UMNO..teruskan perangai anda semua supaya rakyat senang benam UMNO klu PRU 15 diadakan nanti..