Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Puspakom Cheras disahkan positif Covid-19 dan proses pengesanan kontak juga sedang dijalankan.

Sehubungan itu, semua kakitangan cawangan juga akan menjalani ujian saringan Covid-19, sementara mereka yang berhubung secara langsung dengan kakitangan tersebut telah diarahkan untuk menjalani kuaratin selama 14 hari.

Puspakom telah mengambil langkah menutup cawangan Cheras di Kuala Lumpur serta-merta dan tiada operasi mulai esok bagi melakukan proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh.

Pembukaan semula PUSPAKOM Cheras akan dimaklumkan kelak.

Bagi pelanggan yang mempunyai temujanji di PUSPAKOM Cheras, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik.

Sebagai alternatif, pelanggan yang telah membuat temujanji di Cheras boleh menjalanipemeriksaan secara walk-in dengan pembayaran secara tunai di cawangan Pandan Mewah, Batu Caves, Bangi dan Glenmarie untuk kenderaan persendirian

Manakala kenderaan perdagangan ringan ((BDM ≤ 5,999 kg) dan E-Hailing di Puspakom Wangsa Maju, Padang Jawa, Taman Bukit Maluri dan Petaling Jaya.

Pelanggan perlu membawa slip pengesahan temujanji Puspakom Cheras semasa hadir ke  cawangan alternatif. – MalaysiaGazette