Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba bersama Presiden RMHC Malaysia, Azmir Jaafar pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Penubuhan Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah di McDonald's Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 11 JANUARI 2021.

PUTRAJAYA – Usaha membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan, setiap petugas barisan hadapan diwajibkan melakukan ujian saringan berkala sebelum mereka dibenarkan bertugas dan merawat mangsa banjir di setiap daerah.

“Kita memang ada buat ujian berkala swab untuk dilaksanakan. Ini mandatori kita buat.

“Walau bagaimanapun kes-kes yang datang di premis sama ada di klinik kesihatan ataupun PPS banjir, kebanyakan yang datang adalah individu yang tidak bergejala.

“Kita perlu memastikan PPS atau kawasan yang berisiko tinggi jangkitan Covid-19, kita laksanakan ujian kertas pantas sama ada guna RTPC atau RTK Antigen.

“Ini satu perkara penting dan kita tak mahu penularan berlaku dalam kluster PPS,” katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini MalaysiaGazette dimaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, Pahang mengesan tujuh kes positif Covid-19 dipercayai daripada pasukan misi bantuan banjir dari Lembah Klang, setakat semalam.

Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia (Serumpun) menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 di PKD Pekan.

Susulan perkembagan itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia (Serumpun) didapati membuat ujian saringan pengesanan Covid-19 di PKD Pekan, semalam.

Ia bagi memastikan mereka bebas daripada wabak Covid-19 sebelum dibenarkan meneruskan misi bantuan mangsa banjir di Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast