PUTRAJAYA – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya akan menjalankan penilaian risiko ke atas ahli jemaah menteri Kabinet yang didapati positif Covid-19.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan, ia bagi membolehkan PKD Putrajaya menyediakan garis panduan sebelum tindakan susulan boleh diambil.
“Kita dalam menilai risiko, di dalam ujian RTPC kita ada circle time value, yang boleh kita tentukan hari atau masa sebelum mereka dijangkiti.
“Macam kes ahli jemaah menteri, Kabinet memang minta supaya ahli jemaah menteri membuat swab, itu untuk langkah pencegahan dan pengawalan.
“Penilaian risiko akan dijalankan oleh PKD Putrajaya dan dia akan mengeluarkan garis panduan sama ada jemaah menteri terlibat untuk dibuat langkah susulan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dua hari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19.
BACA: Tok Pa positif Covid-19
Perkara itu disahkan selepas beliau mendapat keputusan ujian saringan pada malam semalam.
Terbaharu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19.
Beliau mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.
Pejabat Menteri dalam kenyataan media menyatakan Rina, 47, menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Putrajaya, pada pagi semalam. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: