Tan Sri Mohd Zuki Ali
KUALA LUMPUR –  Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong akan menjamin kestabilan negara dan membolehkan kerajaan kekal fokus kepada usaha memulihkan ekonomi serta memastikan kehidupan rakyat yang makmur dan sejahtera.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Proklamasi Darurat pada waktu ini adalah untuk mengekang ancaman penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan, sekali gus berisiko tinggi menggugat tiga asas utama yang dinyatakan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Situasi ini adalah berbeza dengan Proklamasi Darurat pada tahun 1969, yang disebabkan oleh ancaman keselamatan dan
menyebabkan pengawalan ketat anggota keselamatan negara bagi menangani keadaan tegang pada ketika itu.
Menurutnya, dalam situasi semasa, jentera pentadbiran negara tidak akan terkesan dengan pengisytiharan darurat kerana segala operasi dalam sektor awam dan swasta yang merangkumi aktiviti ekonomi, industri serta rantaiannya berjalan seperti biasa
dengan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berkuat kuasa.
”Sehubungan itu, saya memberi jaminan bahawa anggota Perkhidmatan Awam akan terus memberikan komitmen dalam
memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas berteraskan undang-undang dan Dasar Kerajaan yang
diputuskan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast