Locatelli dalam radar man City menjelang musim 2021/22 tetapi Juventus sedia mengecewakan usaha Man City.

LONDON – Manchester City menyenarai pendek bintang muda Serie A Itali, Manuel Locatelli untuk menyertai pasukan itu pada akhir musim ini.

Pemain kelab Sassuolo itu dilihat sebagai pemain paling layak membarisi jentera serangan tengah skuad Pep Guardiola.

Locatelli, 23, dianggap antara bintang tengah terbaik dalam Serie A Itali.

Guardiola mahu menguatkan lagi jentera tengah pasukannya menjelang akhir musim ini dan merekrut beberapa pemain baharu pada musim hadapan.

Locatelli, satu-satunya pemain yang disenarai pendek untuk dibawa masuk ke City pada akhir musim ini.

Bagaimanapun laporan Daily Sports menyatakan City menerima saingan dari dua kelab elit Serie A iaitu Juventus dan pendahulu liga, AC Milan.

Pemain berkenaan beraksi dalam skuad pertama AC Milan pada usia 18 tahun pada 2016.

Namun prestasi yang tidak seberapa memberangsangkan menyebabkan pemain itu dipinjamkan kepada Sassuolo pada 2018 sebelum beraksi dalam skuad utama mulai musim lalu dan menjadi pilihan utama dalam setiap aksi.

Locatelli kontrak sehingga 2023 bersama Sassuolo dan dijangkakan menelan klausa pembelian kira-kira £30 juta.

Agen pemain itu, Stefano Castelnuovo berkata, Locatelli berpotensi untuk menyertai kelab lain sekiranya tawaran lumayan diterima pada masa akan datang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast