WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) akan menghantar pasukan penyiasat ke Indonesia bagi membantu siasatan terhadap nahas pesawat Sriwijaya Air.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) akan menghantar wakil yang diiktiraf AS dan tiga penyiasat lain ke ibu Jakarta bagi membantu siasatan.

NTSB mempunyai kepakaran dalam operasi, serta struktur dan sistem kapal terbang.

Wakil NTSB berkata, turut serta kakitangan dari anggota Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS, General Electric dan Boeing.

Sementara itu, Panglima Tentera Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto berkata, operasi pencarian diteruskan bagi mengesan Rakaman Suara Kokpit (CVR), serpihan pesawat dan mangsa korban.

Pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak, membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal, terputus hubungan selepas berlepas pada pukul 2.36 petang pada Sabtu lepas.

Pesawat tersebut terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta. – MalaysiaGazette