Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

SHAH ALAM – Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua perkhidmatan di bangunan dan pejabat cawangan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) ditutup sehingga 26 Januari.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, orang ramai yang mempunyai permasalahan, aduan dan urusan boleh menghubungi pegawai di talian 03-31872825 / 2732 / 8957.

Tambah beliau, bayaran lesen, cukai taksiran, kompaun parkir dan sewa boleh dilaksanakan melalui portal http://etaksiran.mdkl.gov.my termasuk perbankan internet seperti Maybank2U, pos online, Cimb Click dan Jompay.

“Permohonan projek boleh dilaksanakan dengan e-penyerahan dan e-pemprosesan di http://osc3plus.kpkt.gov.my/.

“MPKL memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Sila layari laman sesawang di http://www.mpkl.gov.my untuk mengetahui status perkhidmatan terkini,” katanya dalam kenyataan.

Bermula semalam, PKP dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari. – MalaysiaGazette