JAKARTA – Penyelam Indonesia meneruskan pencarian mayat 62 mangsa dan kotak hitam kedua kapal terbang Sriwijaya Air hari ini.
Pencarian mangsa nahas Boeing 737-500 yang jatuh ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak, ditangguhkan semalam ekoran cuaca buruk.
Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat, Rasman MS berharap cuaca tenang hari ini.
“Dengan cuaca baik, pasukan penyelam harap dapat mencapai hasil optimum dalam mencari mangsa dan serpihan pesawat.” katanya.
Salah satu kotak hitam milik pesawat itu di dasar laut awal minggu ini.
Punca kemalangan maut pesawat berusia 27 tahun itu masih belum jelas, kini penyiasat berharap kotak hitam kedua akan merungkai punca pesawat tersebut terhempas selepas minit selepas berlepas.
Selain itu, Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia, Soerjanto Tjahjono akan memuat turun data perakam data penerbangan (FDR) dalam beberapa hari lagi.
Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) telah mengenal pasti enam mangsa termasuk seorang anak kapal dan dua penumpang, menurut CNN Indonesia. -MalaysiaGazette