Allahyarham Tun Abdul Razak bukan sahaja Perdana Menteri Malaysia Kedua, tetapi adalah seorang “jurutera sosial” yang berusaha sedaya upaya mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi di Malaysia selepas merdeka.-Gambar FB Najib Razak.
HARI INI, 14 Januari 1976 lalu telah perginya seorang negarawan yang tidak terbalas jasanya.
Allahyarham Tun Abdul Razak bukan sahaja Perdana Menteri Malaysia Kedua, tetapi adalah seorang “jurutera sosial” yang berusaha sedaya upaya mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi di Malaysia selepas merdeka.
Tanpa beliau, rakyat Malaysia tidak dapat menikmati kemajuan pada hari ini. Beliau telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971 sebagai serampang dua mata iaitu untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Beliau juga menubuhkan pelbagai agensi yang berperanan sebagai pelaksana DEB seperti MARA, Felcra, Felda, UDA Holdings, RISDA dan pelbagai lagi agensi untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera.
Misalnya di Felcra adalah agensi penting dalam pembangunan luar bandar yang berperanan untuk memajukan tanah di luar bandar. Melalui Felcra, kerajaan berjaya mengurangkan masalah kemiskinan serta jurang pendapatan antara masyarakat desa dan bandar.
Kini, ramai golongan profesional yang lahir daripada generasi anak Felcra.
Ramai anak-anak Malaysia turut berpeluang belajar di luar negara melalui DEB ini. Untuk meningkat golongan profesional di Malaysia. Apa yang dilakukan beliau empat dekad yang lepas adalah untuk kelangsungan dan manfaat generasi hari ini.
Tidak terbalas jasa Allahyarham Tun Razak.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya dan masukkanlah ke dalam syurga-Mu.
Al-Fatihah.
Dr Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu
Dr Najmil Faiz Mohamed Aris