KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO memandang serius kenyataan Senator Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang menyatakan satu usaha sedang dijalankan oleh pihaknya dan Kementerian Kewangan untuk menyemak semula ketetapan jaminan kerajaan termasuklah kemungkinan pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995, setiap sen wang yang didepositkan oleh para pendeposit ke dalam Tabung Haji (TH) adalah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
Ini bermakna jika berlaku keadaan TH tidak mampu membayar balik tanggungan wang pendeposit akibat TH menjadi muflis atau kerugian, maka kerajaan akan mengambil alih tanggungan tersebut dan membayar balik setiap sen wang pendeposit, katanya.
Asyraf berkata, TH mempunyai ciri-ciri jaminan menyeluruh kerajaan, yang bermakna ia memberikan kelebihan kepada TH berbanding bank-bank komersil dan institusi kewangan yang lain.
Disebabkan itu, rakyat lebih memilih untuk menyimpan dalam TH sehingga dana TH mencecah RM75 bilion berbanding jaminan simpanan di bank-bank komersil hanya setakat RM250,000 oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
“Usaha meminda Seksyen 24 Akta 535 ini pernah diusahakan oleh Bank Negara di bawah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz atas alasan meratakan padang persaingan dalam sistem kewangan negara, tetapi tidak dipersetujui oleh perdana menteri waktu itu, Datuk Seri Najib Razak. Usaha untuk meminda Akta 535 tetap cuba diteruskan di zaman PH di bawah Gabenor baharu sehinggalah hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya, Pemuda UMNO menentang keras sebarang usaha untuk ‘menanggalkan’ keistimewaan yang ada pada institusi unik umat Islam ini dengan menyemak atau menghilangkan terus ciri-ciri jaminan menyeluruh kerajaan ke atas wang pendeposit TH.
”Sesungguhnya, TH adalah institusi yang cukup istimewa dan terlalu bernilai buat umat Islam yang menjadi asas kepada pembangunan ekonomi ummah sejak ditubuhkan pada 1963.
Justeru, Pemuda UMNO menggesa Menteri Agama tampil memberikan jaminan kepada lebih 9.4 juta pendeposit bahawa Kerajaan Perikatan Nasional hari ini akan terus mempertahankan Jaminan Kerajaan terhadap setiap wang pendeposit yang menjadi keistimewaan TH, tegas Asyraf. – MalaysiaGazette
Setuju pinda…sebaiknya setiap pendeposit TH dihadkan jumlah simpanan kpd RM200K. Ini dpt mengurangkan bebanan tanggungan TH bagi setiap pendeposit. Tak perlulah orang2 kaya simpan duit mereka d TH sampai berjuta juta ringgit malaysia kerana inginkan pulangan dividen yang tinggi dengan risiko yang rendah.
Amenda nak gaduh2 … satu orang satu suara, satu undi. Buat kaji selidik paling ramai had kat mana… tapi alangkah cantek kalau keuntungan lebih sedikit utk yg menyimpan bawah 20k (+1%) 20k ~ 200k (+0.5%) yg lain keuntungan asas.
Bil api air pandai main tingkat2 , bila nak bagi untung mcm bodoh pulak kan..