KUALA LUMPUR – Pas menempelak tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak agar Yang di-Pertuan Agong membatalkan darurat.
Bendahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam ciapannya di Twitter menyifatkan gesaan itu tidak sesuai pada waktu ini apatah lagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang sibuk membantu mangsa banjir.
“Ada yang sibuk desak YDPA batalkan darurat tapi YDPA sibuk melawat dan bantu mangsa banjir. Tak rasa malu ke?” soalnya.
Pada 14 Januari lalu, Anwar yang juga Presiden PKR meminta semua anggota parlimen mengutuskan warkah kepada Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan Parlimen bersidang secepat mungkin.
Dalam surat yang dihantar kepada Ahli Parlimen, Anwar meminta mereka menulis warkah tersebut Jumaat ini supaya Parlimen dapat bersidang sebelum 31 Januari.
Pada Selasa lalu, Baginda Sultan memberi perkenan supaya Pengisytiharan Darurat dilaksanakan bagi membendung wabak Covid-19.
Ketika darurat berlangsung Parlimen akan digantung dan pilihan raya tidak akan diadakan, tetapi badan kehakiman, kerajaan awam dan kegiatan ekonomi akan berjalan seperti biasa.
Pengisytiharan darurat berkuat kuasa sehingga 1 Ogos atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Di bawah darurat, fungsi parlimen digantung memberikan kuasa sepenuhnya kepada Eksekutif.-MalaysiaGazette
baru jadi pm tepi dn menunggu…dah tunjuk KURANG AJAR serta ego LEBIH kuasa nak derhaka dn perlekehkan YDPA tanpa rasa ada KEMALUAN untuk menidakkan kebajikan rakyat..Ketua hakim negara dn Peguam Negara ambil tindakan serius pada anwarfikun dn konconya…dilucutkan sebagai MP dan warganegara,,,,teringat dalil seorang MP jika tidak suka dgn perlembagaan dan undang2 Malaysia sila keluar dari Malaysia dn cari negara lain.
masih ada yang sanggup mati berdiri duduk melutut bersama anwarfikun pkr dn pankhianat utk memperjuangkan falsampahnya
Jangan pk lama sangat nk jd pm.. makin lama nampak makin bodoh..